Jom! Mari ibu bapa datang ke Tadika Vonad. Kami tahu memang susah ibubapa membesarkan si kecil anda ke dunia baru dengan perkembangan fizikal dan emosi yang seimbang. Di Tadika Vonad Sdn Bhd kami bukan hanya mensasarkan kecemerlangan ilmu dan sahsiah diri semata-mata, tetapi juga kami menekankan pengisian kerohanian dan keseronokan ketika belajar dan berkumpul bersama-sama rakan si kecil di tadika kami.


SILIBUS MENGIKUT PROGRAM KURIKULUM STANDARD PRA SEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Silibus di tadika kami telah dibuat berdasarkan (KSPK) untuk mengajar matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains dan juga Matematik dengan pembahagian 60% pembelajaran dibuat dalam Bahasa Malaysia dan 40% pembelajaran dibuat dalam Bahasa Inggeris. Melalui silibus tersebut, guru-guru telah ditekankan supaya memberi pengajaran ‘hands on’ kepada murid-murid dimana anak-anak diberi peluang merasai pengalaman sebenar ketika melakukan aktiviti praktikal di dalam kelas.

KREATIF SAMBIL BELAJAR

Setiap tadika kami mempunyai alat bantu mengajar disamping bahan bahan kitar semula (3R) yang digunapakai oleh anak-anak secara kreatif bagi sesuatu tema pembelajaran. Guru-guru kami banyak mengajar sambil bermain melalui aktiviti kreatif bagi anak-anak menguasai sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah dan menyeronokkan

MAJLIS BERGANDA
Semua anak-anak kami akan diraikan hari jadinya di tadika Vonad di mana Majlis Hari lahir akan diadakan dengan meriah bersama ibu bapa. Juga setiap tahun kami meraikan Hari Sukan di mana hadiah-hadiah cabutan bertuah yang berupa basikal budak-budak, microwave oven, dan lain-lain akan diberi kepada ibu bapa yang bertuah!
Kami juga mempunyai hari Graduasi yang meriah dan menyeronokkan dimana persembahan persembahan dari cawangan tadika kami akan dipersembahankan pada hari Graduasi tersebut setiap tahun.
Kami juga mempunyai satu Jamuan Hari Raya dimana ibu bapa dan anak-anak dari semua cawangan tadika kami dijemput menghadiri jamuan makan di dewan putrajaya selepas sambutan Hari Raya setiap tahun.

 

PENGISIAN AGAMA
Anak-anak di tadika kami di beri pengisian kerohanian dengan bacaan iqra’ pengajaran solat dhuha dan solat 5 waktu serta cerita-cerita nabi. Tadika kami juga pernah memenangi Pertandingan Nasyid di antara tadika di Putrajaya pada tahun 2016. Tadika kami masih aktif menyertai pertandingan nasyid dan setiap hari graduasi tadika mesti ada persembahan nasyid atau pentomin islamik yang dipersembahkan oleh anak-anak di tadika kami!

About Us

Di Tadika Vonad visi utama kami adalah untuk membangunkan individu yang bermutu dari segi intelek, rohani, emosi , fizikal,  keseimbangan dan mampu menyumbang secara positif kepada keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

 

Address

Tadika Vonad (M) Sdn Bhd
No 5A,
Jalan Hentian 3,
Hentian Bas Kajang,
Off Jalan Reko,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia

Phone

+60 3-8737 4275

Send Email