Tadika Vonad menekankan pendidikan berterusan yang perlu dijalankan oleh guru-guru di semua cawangan kami. Memandangkan kami mempunyai dewan sendiri bagi menjalankan krusus pembelajaran di ibupejabat Tadika Vonad yang terletak di No.5A, Jalan Hentian 3, Hentian Bas Kajang, off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor, kami telah menjalankan krusus-krusus Kokurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK) dengan bantuan tenaga pengajar KSPK Kementerian Pendidikan Selangor pada 2017 dan 2018. Kami juga telah menjalankan kursus 'Common European Framework of Reference (CEFR)' pada 2019 bagi meningkat pengajaran dan pembelajaran guru-guru kami dalam Bahasa Inggeris selari dengan misi dan standard yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan di sekolah-sekolah. Guru-guru di Tadika Vonad juga berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Selangor dan Putrajaya dan pendaftaran tersebut juga di perbaharui setiap tahun.
Kami juga mempunyai Kelab Rekreasi Vonad (KRV) bagi menjaga kebajikan guru-guru kami. Kutipan KRV adalah dari Syarikat Tadika Vonad Sdn Bhd dan juga dari guru-guru adalah dalam RM50 ribu setahun di mana setiap dua tahun, KRV akan membawa guru-guru bercuti ke destinasi di dalam atau di luar negara. Percutian ini adalah untuk memberi motivasi kepada guru-guru kami supaya mengekalkan standard pembelajaran yang tinggi di tadika vonad.